[ info ] Punca sebenar perbankan CIMB terganggu pada 31 - 2 Feb !

Seperti sedia maklum, pihak CIMB telah mengumumkan penambahbaikan pada sistem perbankan internet mereka yang lebih dikenali sebagai CIMB Clicks bermula 11.45 malam pada 31 Januari 2014 sehingga 6.00 pagi 3 Februari 2014. Sepanjang tarikh ini, pengguna tidak dapat mengakses laman web CIMBClicks. Kini, pengguna mula dibenarkan untuk mengakses semula laman web tersebut dengan pengumuman beberapa perubahan yang ketara dalam sistem perbankan atas talian milik CIMB ini.
Perubahan yang paling ketara dalam sistem ini adalah nombor akaun pengguna bakal ditukar kepada 10 angka sahaja, tidak seperti sebelum ini yang melihatkan pengguna mempunyai 12 atau 14 angka nombor akaun. Dalam pada itu, pihak CIMB mengesahkan tentang perkara ini dan pengguna akan mula memerlukan nombor akaun baru ini bermula pada hari ini. Ia akan digunakan hanya pada urusuan perbankan atas talian dan nombor akaun lama masih kekal digunakan pada perbankan di kaunter.
Selain itu, bagi akaun kad kredit, Safe Deposit Box (SDB) dan KWIK yang mempunyai 16 angka nombor akaun, ia tidak angka terlibat dalam perubahan ini dan masih kekal dengan nombor akaun lama. Bagi pengguna yang ingin melihat nombor akaun baru anda, anda boleh layari CIMB Clicks dan masukkan user ID serta kata laluan. Seterusnya, anda boleh pergi ke My Account > Account Number Lookup.
Buat masa ini, kami cuba untuk mengakses akaun CIMB milik kami namun mengalami masalah dari segi load time. Hal ini mungkin disebabkan urusan perbankan pengguna telah tertangguh selama 3 hari dan semua pengguna CIMB Clicks sedang melakukan urusan perniagaan ketika ini.Nizul