[ info ] PRK Kajang: 11 Mac penamaan calon, 23 Mac mengundi - SPR !


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac tarikh penamaan calon manakala 23 Mac hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. 

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Bangunan SPR, di sini, sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat khas pagi tadi. 

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu. 

Sebelum ini pakatan pembangkang menamakan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

PRK Kajang adalah PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK berkenaan BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau.sumber


1 ulasan:


Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Reply