[ info ] Penjelasan pihak Suhada Af13 : Nafi curi basikal RM14000 !


Dia dipercayai diperangkap suspek bernama " Boy Katak" - Berita penangkapan bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013, Suhada didakwa mencuri basikal dan pecah premis semalam menjadi topik bualan hangat peminat di laman sosial.

Ramai tidak percaya Suhada sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral itu memandangkan reputasinya sebagai artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2013.

Menerusi group facebook yang merupakan milik rakan dan adik Suhada, mereka mendedahkan Suhada tidak mencuri basikal bernilai RM14,000 seperti yang didakwa kerana dia dikatakan diperangkap oleh suspek utama dikenali Boy Katak  .


Penjelasan lanjut mengenai kes ini dari pihak Suhada : 

Harap maklum kes ini masih dalam penyiasatan dan sebarang komen negatif yang tidak berasas akan direkodkan untuk tindakan. 

Untuk makluman Suhada AF2013 menjadi mangsa keadaan apabila berada bersama dengan suspek utama iaitu DALANG di sebalik kejadian ini yang bernama BOY KATAK yang mana mempunyai lebih daripada 4 rekod tangkapan polis. 

BOY KATAK telah memerangkap dan memperguna Suhada atas sebab dan motif tertentu yang mana pada awal tahun lepas abang kepada Suhada membuat laporan polis terhadap Boy Katak kerana mencuri dan membawa lari kereta abang Suhada.

Dan laporan kali kedua terhadap Boy Katak kerana membuat kacau di hadapan rumah di bawah pengaruh dadah. 

Tuduhan terhadap basikal tersebut adalah tidak benar kerana suhada mampu membeli basikal tersebut dgn harga 10 kali ganda.

Sebelum ini BOY KATAK telah ditahan atas tuduhan melarikan wang, syabu, curi kereta dan berkerja dengan along. Kepada sesiapa yg tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian ini diharap tidak tuduh meluluh dan panel peguam telah dilantik bagi pihak Suhada. 


Semoga kebenaran di pihak suhada sama-sama kito doa agar suhada bebas dan dalang sebalik perkara ini di tahan dan di hukum.






1 ulasan:

"mampu beli yg berharga 10 kali ganda... jadi Rm 140,000.00
itu pun kalau tak salah... Kaya betol..

Reply