[ info ] Penerima BR1M kini di lindungai insuran (i-BR1M ) ketahui lebih lanjut di sini !

Pada penerima BR1M 2014 mereka kini dilindungai insuran ( i-BR1M ) jumlah BR1M yang mereka terima sebenarnya RM500 tetapi ditolak RM50 untuk kemudahan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) untuk yang berpendapatan RM3001- RM4000 jadi mereka hanya terima RM450.
Perlindungan insurans itu akan melindungi penerima BR1M sehingga RM30,000 jika meninggal dunia.
Sementara itu bagi yang berpendapatan bawah RM3000 bagi yang menerima RM650, mereka sebenarnya  menerima keseluruhan RM700 dan RM50 ditolak untuk perlindungan insurans berkenaan.
Mereka yang layak terima i-BR1M adalah : 
1.Jika penerima BR1M meninggal dunia secara biasa, keluarga akan menerima RM1,000 hasil perlindungan itu
2. Jika penerima BR1M meninggal dunia secara tiba-tiba akibat kemalangan ahli keluarga akan menerima RM30,000 daripada perlindungan.
Perlindungan insurans itu diperkenalkan buat pertama kali pada BR1M 2014 ini bukti kerajaan sentiasa membuat penambahbaikan kepada BR1M yang mula dilaksanakan pada 2012.