[ info ] Pelakon jelita Erra Fazira sah bercerai talak satu !

Setelah sekian lama membiarkan peminat berteka-teki dengan status perkahwinannya, akhirnya hari ini menjadi saksi bahawa Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu.
Perceraian itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, Mohd Adib Husin.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah hadir ke mahkamah tersebut bersama teman rapat iaitu Umie Aida dan Erma Fatima sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang dramatis jelita sedang sibuk memfailkan permohonan perceraian, pada Erra semoga tabah mungkin setakat ini jodoh anda berdua.


2 ulasan

semoga Erra terus tabah dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan lebih berjaya...

Reply

itu perjalanan yang sudah tertulis utknya . semoga era redha dan tabah ...

Reply