[ info ] MB Terengganu pun jadi mangsa fitnah di facebook !

Semalam heboh kisah seorang wanita yang gambar beliau di pergunakan pihak yang tidak bertanggunjawab di facebook.

Hari ini orang kenamaan pun jadi mangsa fitnah dengan gambar nya di edit berpasangan dengan seorang selibriti popular di sebar kan di facebook dengan menggunakan " fake facebook ".

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang terus menjadikan beliau sasaran fitnah termasuk menyiarkan gambarnya berpelukan dengan Neelofa, seorang artis jelita dalam internet.

Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.

"Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat).

"Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja," katanya berseloroh.

Ahmad mengulas paparan 'gambar' beliau bersama Neelofa yang dimuatkan dalam akaun FB yang kononnya milik beliau dan tersebar dalam internet sehingga menjadi bualan ramai.

Ini lah yang terjadi sekarang lagi canggih teknologi lagi banyak perkara-perkara yang berunsur fitnah yang boleh mengaibkan orang ramai, oleh itu berhati-hati lah kita sebagai pengguna dengan penjenayah siber yang berluasa.


6 ulasan

salam. macam nampak sgt kena edit gambar tu..huhu

Reply

hahahha..
snang2 jer dpt dosa diorg nie.

Reply

sape r punye keje ni??

Reply

Ce zoom kt pipi tu..pipi lofa xpenyek pun mcm sepatutnya bila bersntuh pipi..org mangkok je ckap real..

Reply