[ info] Facebook di jadikan tempat jaja kisah rumah tangga ?

Dalam zaman teknolgi yang serba canggih ini , kita di dedahkan dengan banyak kemudahan teknologi maklumat untuk berhubung dan tempat meluahkan perasaan, namun kita harus ingat setiap apa yang kita buat itu semestinya mempunyai resiko tertentu.

Seperti Facebook ia merupakan kemudahan teknologi terkini untuk di gunakan oleh orang ramai , facebook dijadikan teman setia oleh setiap orang untuk berhubung antara satu sama lain , facebook juga dijadikan dairi untuk menulis apa sahaja yang dingin kan termasuklah " Kisah Rumah Tangga " dan tempat luah kemarahan.

Ikuti Bahana jaja kisah rumah tangga di Facebook yang disiarkan di akhbar Harian Metro .
Kuala Lumpur: “Laman sosial facebook (FB) kini sudah jadi tempat sesiapa saja meluahkan perasaan dan lebih teruk jika pasangan suami isteri sedang berdepan masalah rumah tangga berhubung pula dengan orang yang tidak sepatutnya seperti kekasih lama di FB.
Jadi tidak mustahil sekiranya hubungan lama terjalin semula atas dasar simpati disebabkan suami atau isteri gemar bercerita masalah rumah tangga kepada kekasih lama yang akhirnya membawa hubungan terlarang, kata pakar motivasi dan kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy, Hushim Salleh.
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai isteri lari mengikut bekas teman lelaki selepas menjalin hubungan di FB.
Beliau berkata, ada pelbagai faktor menyebabkan suami atau isteri berlaku curang di FB antaranya kerana tidak mendapat layanan daripada pasangan masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan berlaku curang sebaliknya perlu mengetahui peranan mereka dalam rumah tangga dan cuba mengatasinya.
Diharap orang ramai harus berhati-hati dalam menulis benda-benda yang berkaitan kisah rumah tangga di facebook, bukan itu sahaja jangan juga kita menjadikan facebook tempat untuk meluahkan kemarahan dengan megadakan provokasi-provokasi tertentu yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.