[ info ] 3 Gambar cara pembenihan awan untuk hasilkan hujan !

Didalam keadaan cuaca panas sekarang, yang kebanyakan tempat mengalami masalah panas kering yang kritikal termasuk lah ampangan yang menakung air untuk di bekalkan kepada pengguna-pengguna di negara ini.

Pihak Jabatan Meteorologi dengan kerja sama TUDM akan melalukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan, serba-sedikit info mengenai pembenihan awan untuk makluman semua.
Melarutkan garam halus dalam 4 buah tangki bagi semburan di awan
TERDAPAT 3 JENIS PEMBENIHAN AWAN:- 

Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses. 


Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian. 


Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu. 


Namun begitu, Pembenihan awan juga bergantung pada cuaca. Lepas tuh, awan juga mesti ada, wajib! Kaedah ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan komposisi awan. Proses pembenihan awan sebenarnya adalah sangat kompleks dengan mengambil masa beberapa tahun latihan supaya proses itu menemui kejayaan. Kemudian juga risiko lain bagi pembenihan awan adalah, tiada kawalan bagi tempat untuk menentukan di mana hujan akan turun.
Diharap dengan pembenihan awan ini dapat lah menghasilkan hujan memandangkan kebanyakan tempat di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi catuan air akibat dari ampangan yang membekalkan air surut ke tahap yang agak kritikal. Credit TV3