[ Hiburan ] Zizan Razak menang 4 Kategori Anugerah MeleTOP 2013 !

KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan Razak diumumkan sebagai Top Top MeleTOP Lelaki apabila memenangi empat kategori dalam Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam Sabtu.
Zizan berjaya memenangi kategori Artis WeChat MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Bintang Siber menewaskan pesaing terdekatnya Hafiz yang turut mengungguli tiga kategori.
Manakala pelakon Zara Zya turut memenangi kategori Top Top Meletop Wanita dengan memenangi kategori Artis Baru MeleTOP.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.
Manakala bagi Anugerah Artis Wechat membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.
Sementara RM5,000 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Dalam pada itu, lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz memenangi kategori Lagu Meletop menewaskan lagu popular seperti Galau ( Siti Nurhaliza), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka) Kita ( Forteen) dan Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza).
Manakala Filem KL Gangster 2 dan Aaron Aziz melalui filem tersebut juga memenangi kategori Filem dan Bintang Filem MeleTOP.
Penyanyi Sleeq dipilih memenangi kategori Artis Serantau MeleTOP.
Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Datuk Hattan, Mark Adam, Najwa Latif, Azheal AF 2013, Altimet, Awi Rafael, Hazama, Stacy, Hafiz dan Cakra Khan.
Anugerah Meletop Era merupakan sebuah acara pengiktirafan karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
Anugerah ini merupakan kolaborasi antara program Meletop dan radio ERA FM.
Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP 2013:
Top Top MeleTOP Lelaki: Zizan Razak
Top Top MeleTOP Wanita: Zara Zya
Lagu Meletop: Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Penyanyi Meletop: Hafiz Suip
Program Radio Meletop: JoHaRa Pagi ERA
Penyampai Baru Radio Meletop: Nabil - ERA fm
Grup/Duo MeleTOP: Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza
Filem Meletop: KL Gangster 2
Bintang Filem Meletop: Aaron Aziz - KL Gangster 2.
Program TV Meletop: Maharaja Lawak Mega 2012
Bintang TV Meletop: Jepp Sepahtu - Super Spontan 2013
Bintang Siber Meletop: Zizan Razak
Couple Meletop: Nabil Ahmad dan Nazirah
Artis Baru Meletop: Zara Zya
Fesyen Meletop: Zizan Razak
Artis Serantau Meletop: Sleeq
Artis WeChat MeleTOP: Zizan Razak