[ Hiburan ] Tiket RM2000 untuk konsert SRK di Malaysia, mahal tu ?


Jika anda betul-betul peminat bintang-bintang popular Bollywood nak tengok dengan wajah mereka dari dekat , mungkin anda sanggup keluarkan Rm 2000 untuk itu , namun ramai kah yang sanggup dengan bayaran semahal itu ?

Datuk Shah Rukh Khan dan artis Bollywood yang lain akan menjayakan konsert Temptation Reloaded pada 15 Februari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Harga tiket untuk konsert yang di beri nama 'Temptation Reloaded bersama Datuk Shah Rukh Khan' itu akan dijual pada harga RM2000 untuk tempat duduk jenis Diamond.

Tiket lain boleh didapati dari harga RM1000 sehingga RM100 mengikut barisan tempat duduk yang disediakan.

Lebih menarik, Shah Rukh Khan akan turut membuat persembahan bersama nama besar lain seperti  Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqueline Fernandes, Arijit Singh dan Mr Meiyang Chang.

Konsert ini dibawakan oleh We love Asia dan Hitman Solutions serta disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Visit Malaysia 2014.sumber



2 ulasan

Hahahaha...kalau harga tiketnya 20 sen dan teksi mengambil saya di depan rumah pun saya tak akan pergi tengok...tak minat Hindustan!!!

Reply

salam. hesy! mahal tu..

Reply