[ Gossip ] Zizan : Bukan dalam masa terdekat nikahkan Emma !

Pelakon Zizan Razak tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya pelakon Emma Maembong, 20, dalam masa terdekat.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.
"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini," katanya.
Apa-apa pun segala perancangan yang di rancangkan oleh mereka berdua semoga berjalan lancar, rata-rata para peminat mereka berdua mengharapkan hubungan mereka berdua terus ke jinjang pelamin setelah di himpit berbagai kontroversi.