[ Gossip ] Pelakon jelita Nur Fathia (Ariana Rose) di kritik hebat kerana ?

ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon NurFathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.

Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali,itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.

Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak sepertiKeith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.

Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.

Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.

Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.

Apa-apa pun " Tahniah "buat Nur fathia baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Wanita Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur yang berlangsung sabtu lalu, semoga dengan kritikan ini mendorong anda untuk terus berjaya. Myforum Cari