[ Gossip ] Nora Danish impi majlis kahwin di Bali, tanpa hantaran !

Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini Nora Danish juga berkata jika ditakdirkan beliau berkahwin sekali lagi kelak, beliau berhasrat untuk mengadakan resepsi perkahwinan di sebuah pulau di luar negara.

Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur,kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.
Awal bulan lalu, ada khabar angin timbul mengatakan yang Nora Danish sudah mula membeli persiapan perkahwinan termasuk hantaran di luar negara dan ini menimbulkan spekulasi yang beliau & kekasihnya, Nedim Nazri bakal berkahwin tidak lama lagi.

Semoga segala perancangan Nora dan Nedim berjalan lancar, dan segala impian yang mereka inginkan akan tercapai. credit Roti Kaya