[ Gossip ] Maya Karin tak rancang kahwin tahun ini?

PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin mengakui pengalaman kegagalan rumah tangga lalu membuatkannya lebih barhati-hati dalam membuat keputusan kembali hidup berpasangan.
Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, 34, berkata, dia tidak meletakkan apa-apa sasaran untuk kembali semula membina rumah tangga.
"Saya sudah cukup melalui masa-masa yang memberi banyak pengalaman kepada saya, bagi saya perkara seperti ini tidak perlu dirancang.
"Saya hanya ikut sahaja apa yang terjadi dan jika ada rezeki Insya-Allah ia jadi, namun apa yang saya lihat ia tidak akan terjadi pada tahun ini," katanya.
Maya berkata demikian ketika ditanya tentang perancangan untuk berumah tangga dengan kekasih baharu yang masih dirahsiakan identitinya.
Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2008, namun berpisah pada 2010.sumber