[ Gossip ] Keith Foo jawab isu watak lelaki islam dalam Ariana Rose !

Keith Foo menjelaskan mengenai isu yang berbangkit di dalam drama itu apabila watak yang dilakonkan itu mempertaruhkan agama dan disebabkan juga Keith Foo bukanlah seorang yang beragama Islam, ini dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Keith Foo turut berkata bahawa sebelum sesuatu penggambaran yang melibatkan watak sebagai seorang Muslim dia akan sedikit sebanyak akan membuat kajian mengenai watak dan agama Islam itu sendiri agar tidak menjelaskan lakonannya & terima kritikan.

Sebelum saya melakonkan watak sebagai seorang Islam, sudah semestinya saya akan lakukan sedikit kajian mengenainya dan turut bertanyakan kepada kawan-kawan yang lain agar dapat membantu supaya tidak terpesong daripada ajarannya yang sebenar.

Berkaitan Ariana Rose yang kini menjadi fenomena semasa, beliau sama sekali tidak menyangka drama lakonannya telah meraih populariti seterusnya mencecah rating tinggi apabila setiap kali ditayangkan kepada umum.tq



1 ulasan:

ini isu sensitiviti... hu hu hu...

Reply