[ Gossip ] Isteri Ashraf Muslim jawab isu foto baby bump nya !

Kesihan Wan Sakinah walaupun dirinya kini sudah sah bergelar isteri kedua Ashraf Muslim, masih ramai yang memberi tohmahan buruk terhadap setiap perbuatannya.
Terbaru, foto ‘baby bump’ yang dimuatnaik oleh Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya semalam telah mendapat kritikan hebat apabila wanita itu dikatakan tidak sensitif terhadap madunya, Dayana, yang masih belum menimang cahaya mata.
Sesal dengan pelbagai cemuhan, Wan Sakinah menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa dia memuatnaik foto-foto tersebut hanya kerana teruja dengan kehamilannya.
Ikuti jawapan Wan Sakinah :
Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq.
Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran.
InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea.
Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe.
Di akhir tulisannya, Wan Sakinah berharap agar orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka dan juga kesejahteraan buat bayi yang bakal lahir kelak.
Selain itu, isteri kedua Ashraf Muslim itu turut berdoa agar suaminya dan madunya itu selamat tiba di Mekah dan dapat menunaikan ibadat umrah yang mabrur.sumber


1 ulasan:

standardlah tu, bila isteri kedua jer ramai yang nak tohmah macam2 walhal tak tau langsung cerita sebenar... harap2 WS wat lek wat peace jer... chillex...

Reply