[ Gossip ] Fizz Fairuz, Almy Nadia nikah 30 Mei depan !

SELEPAS berteka-teki terhadap kisah cintanya dengan pelakon cantik, Almy Nadia, akhirnya pelakon, Fizz Fairuz mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga 30 Mei ini.

Menurut Fizz, persiapan majlis perkahwinan mereka kebanyakannya diuruskan Almy sendiri.

“Alhamdulillah, setelah lapan tahun bercinta, akhirnya kami akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Setakat ini, semua persiapan sedang dibuat dan kebanyakannya diuruskan oleh Almy sendiri,” katanya.

Majlis pernikahan bakal dijalankan di kampung halaman Almy, Pulau Pinang sementara majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan di Pulau Pinang dan Raub.

“Majlis resepsi akan dibuat di Pulau Pinang dan kampung saya sendiri iaitu di Raub. InsyaAllah, kami akan membuat majlis resepsi khas buat peminat di Kuala Lumpur,” katanya.tq


1 ulasan:


I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you just modify it yourself ? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.


Feel free to surf my site
:

Ashafeeq Network dot kom dot mai

Reply