[ Gossip ] Fahrin Ahmad terdesak cari calon isteri tepi jalan ?

Dalam ramai-ramai selebriti lelaki, Fahrin Ahmad merupakan salah seorang yang sering mendapat perhatian peminat wanita kerana wajahnya yang kacak.
Tidak hanya itu, Fahrin juga sering terpalit soalan cepumas dari sesetengah orang baik media mahupun kenalan rapatnya mengenai isu rumahtangga.
Sedangkan bekas teman wanitanya iaitu Linda Onn dan Scha Alyahya juga sudah bergelar isteri dan berbahagia dengan pilihan masing-masing.

Bagaimanapun pada minggu lepas, Fahrin secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan dirinya sedang melamar di tepi jalan.
Foto yang berserta caption ‘The Proposal…. Will you???’ itu telah menarik perhatian sebahagian besar pengikutnya di laman sosial tersebut dan kebanyakannya menyatakan kesudian mereka untuk berkahiwn dengan Fahrin.
Sekitar tahun lepas, Fahrin pernah meluahkan hasratnya untuk mencari teman hidup dari kalangan guru sekolah namun sehingga kini masih belum ura-ura yang pelakon itu akan mengakhiri zaman bujangnya.sumber


2 ulasan

entah2 ini teaser prewed picture fahrin kot???

Reply

ha ah,,kan kak Farah,,? menangis tak brlagulah peminat fahrin

Reply