[ Gossip ] Deen Hot Fm bikin panas di twitter timbul kemarahan peminat JDT ?

Disebabkan status Twitter yang di muat naik berkaitan dengan Pasukan Bolasepak Johor Darul Takzim ( JDT ) Dj Radio Hot Fm Aizuddin atau Deen Hotfm teruk di kecam peminat Harimau Selatan .

Laman Sosial Facebook yang diberi nama Kesultanan Johor gempar seketika apabila peminat-peminat pasukan bola sepak itu menghentam dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap status yang dimuat naik oleh Deen Hot fm.
Status yang dimuat naik itu  menimbulkan kemarahan banyak pihak dan dianggap sebagai satu provokasi apabila Deen seolah-olah menyifatkan nama JDT seperti sudah sinonim dengan perkataan bergaduh.
Akibat daripada itu, Deen telah dikecam teruk oleh penyokong dan peminatnya sendiri, bahkan ada yang turut mengharamkannya dari menjejakkan kaki ke negeri itu.

Selain Deen, radio yang diwakilinya iaitu Hot.fm turut menerima tempias apabila dimarah oleh peminat dan penyokong pasukan JDT yang menyifatkan mereka tidak menjaga sensitiviti masyarakat.
Keadaan ini dilihat semakin panas apabila ada penyokong JDT yang meminta campur tangan Tengku Muda Johor supaya mengenakan tindakan sewajarnya terhadap Deen dan Hot.fm.
Walaubagaimanapun, Deen dikatakan sudah memadamkan tweet tersebut kurang sejam selepas ia disiarkan dan memohon maaf secara terbuka melalui laman twitter rasmi miliknya.Sumber


2 ulasan

tau lak takut kene sama yer ...

Reply

Taksub dgn bola. Komen mcm diri sendiri maksum. Semua org ada buat salah n silap. Takut diri sendiri pun kena mkn sumpah balik.

Reply