[ Gossip ] Ajai berhabis RM28,000 mancungkan hidung ?

Siapa yang tidak kenal Ajai penyanyi dan komposer yang tengah meletop dengan lagu merdu " Aduh" umum pasti kenal dengan komposer terkenal ini, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, yang pernah dihimpit kontroversi satu ketika dulu mengenai berita penceraiannya.
Terbaru, Ajai bukan saja tampil dengan imej lebih muda dengan badannya yang semakin segak dan bergaya, malah hidungnya yang berubah semakin mancung turut meraih perhatian.
Namun, Ajai tidak menafikan bahawa dia sanggup berhabis duit untuk  membedah hidungnya dengan kos RM28,000 baru-baru ini.
Ajai mengaku telah menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk tujuan kecantikan, sebaliknya ia dilakukan kerana masalah sinus yang dihadapi.

Ajai berkata dia terpaksa membuat pembedahan itu kerana gegendang telinganya sudah rosak dan sinusnya banyak tersumbat di batang hidung.sumber