[ Gempar ] Roh Norrita : Kenapa di timbul kan kisah nya setelah 10 tahun dia pergi ?

Heboh di laman sosial mengenai suatu kisah di perlis mengenai kisah Roh seorang wanita yang bernama Noritta Samsuddin meninggal dunia, yang mana dikatakan roh nya kini kembali.

Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat di pastikan atau ia nya suatu rekaan, mengapa pula Kisah ini timbul setelah 10 tahun ia nya berlaku yang mana kisah tragis Norrita berlaku pada tahun 2003

Ini antara cerita yang timbul mengenai Roh Norrita yang di katakan kembali : 

Akibatnya ramai peniaga takut untuk berniaga hingga lewat malam, manakala pekerja-pekerja kilang takut untuk pergi kerja atau pulang dari kerja pada lewat malam atau lewat pagi. Ini disebabkan mereka akan terserampak dengan hantu Noritta samada di perhentian bas atau tempat menunggu van kilang mereka.

Lagi menarik, gerai burger juga hanya berniaga siang kerana takut hantu tersebut ingin membeli burger. Difahamkan, kuku Norita dicabut semasa jenazah dimandikan dan ini menyebabkan hantu berkenaan mencari kukunya di waktu malam.

Selain itu, ada pendapat mengatakan Noritta memakai susuk hingga menyebabkan rohnya tidak tenteram dan keluar di waktu malam. Penduduk telah meminta kebenaran dari pihak polis untuk menggorek kubur mangsa bagi membuang susuk yang dipakainya.

Sewaktu menggali kubur itu pula timbul cerita lain yang mendakwa roh hantu Noritta pandai membuat panggilan telefon. 

Macam-macam versi cerita yang didengar namun semuanya hanya khabar angin yang seperti sengaja direka untuk menakutkan orang.

Jadi admin berharap jika betul kisah ini ada pihak-pihak yang berkebolehan tampil untuk membatu Roh beliau , dan jika ia nya adalah suatu rekaan elok lah di hentikan kisah-kisah seperti ini kerana mengaibkan Roh Mangsa, Al-fatihah semoga Roh Allahyarhamah tenang di sana  Amin 




1 ulasan:

macam musykil jer. tapi tak nak cakap banyak2...heee...

Reply