[ Gambar ] Wanita jelita warga Jerman maut di Gunung Kinabalu !

Kita di gempar kan dengan berita sedih apabila seorang pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu untuk mengambil pemandangan  indah di gunung tersebut maut akibat terjatuh.


Wanita warga Jerman itu  maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi semalam, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter.


Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem, katanya.

Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut. 



3 ulasan

The picture above is not victoria paulsen who fell.

Reply

Well, you might've understood there's attention based on how pretty they are. Maybe the author want to 'attract' readers in a pathetic way using random hot german girl.

Reply

Could be. Btw, this is a different person with same name but from norway. Hope the media can find the real photo of her. I bet everyone wanna see it.

Reply