[ Gambar ] Stor stesen minyak Petronas di Presint 9 terbakar !

PUTRAJAYA - Sebuah stor penyimpanan barang runcit di sebuah stesen minyak di Presint 9D, dekat sini terbakar dalam satu kejadian kebakaran kira-kira pukul 9 pagi hari ini.
Ketua Balai Bomba Putrajaya, Muhamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.34 pagi dan tiba di tempat kejadian tiga minit selepas itu.
Bomba berjaya memadam kebakaran dalam masa 45 minit, bagaimanapun, beliau memberitahu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.  tq