[ Gambar ] Kanak-kanak dua tahun ditemui rentung terbakar - Al fatihah !

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Cheruk Tokun dekat Machang Bubuk, Pulau Pinang pagi tadi. 

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata mangsa dikenalpasti sebagai Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri, ditemui rentung dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah papan dua tingkat berkenaan.

Sementara itu nenak mangsa Siti Zanyah Yaakob, 74, berkata ketika kejadian dua cucunya iaitu Nurul Adryana Lateesya dan Danial Mukhriz, 4, berada di dalam rumah bersamanya manakala ibu bapa kanak-kanak itu keluar berkerja.
Masa tu mak cik sedang solat (sunat) duha di dalam bilik dan Nurul Adryana serta abangnya sedang bermain dalam bilik yang sama.

Siti Zanyah berkata beliau hanya menyedari Nurul Adryana Lateesya masih berada di dalam rumah selepas diberitahu oleh abang kanak-kanak itu,kami cuba menyelamatkannya tetapi api marak dengan cepat," katanya. 

Jenazah adik Nurul Adryana Lateesya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Cheruk Tok Kun, Machang Bubuk selepas solat asar, Al-fatihah salam takziah. TV3online 


2 ulasan

takziah buat keluarga beliau..
sedihnye baru usia 2 tahun.

Reply