[ Gambar ] Insiden Larkin : Giliran Irfan Ghani angkat dengan Al-Quran di Johor !

Setelah di palit dengan kontroversi pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani, akhir nya mengangkat sumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan segala kenyataan yang dibuatnya sebelum ini adalah benar. 

Perakuan sumpah itu dibuat Muhammad Irfan sambil memegang al-Quran dengan disaksikan sekumpulan wartawan serta jurugambar di sebuah restoran di Johor Bharu . 

Jika semalam pemain pasukan T-Team mengangkat sumpah dihadapan  Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, pemain itu mengangkat sumpah disaksikan Menteri Besar Terengganu dan presiden PBSNT.

Diharap ada penyelesaian kemelut ini yang sudah semakin kritikal dan dapat di tangani sebaik mungkin oleh kedua-dua belah pihak demi maruah dan bolasepak Malaysia.