[ Dunia ] Maradona bengang David de Gea (MU) mengurat tunangnya !

Legenda Argentina Diego Maradona dilaporkan tidak dapat mengawal kemarahannya apabila mendapat tahu salah seorang bintang Liga Perdana Inggeris cuba mengurat tunang beliau.

Laporan mendakwa penjaga gol pasukan Manchester United David de Gea mendapat peluang untuk bertemu dengan Maradona dan tunang beliau, Rocio Oliva semasa percutian mereka di Dubai baru-baru ini.



Berikutan pertemuan mereka itu, Maradona mula mengesyaki Oliva dan de Gea telah menjadi terlalu rapat.

Menurut satu rancangan televisyen di Argentina, Oliva mencuba sedaya upaya untuk mendapat maklumat-maklumat laman sosial de Gea dan Maradona "amat marah kerana cemburu" akibat perangai tunangnya yang berusia 23 tahun.


Menurut seorang jurucakap David de Gea, dia dipercayai amat terkejut untuk dikaitkan dengan laporan ini, "David amat terkilan dengan berita ini."

Manakala, peguam Diego Maradona, Angelo Pisani, cuba menenangkan keadaan dengan berkata, "Tiada masalah di antara mereka bertiga.

Jika kita di tempat Maradona pun mesti kita marah , sebabnya ramai lagi wanita cantik mengapa Dea Gea cuba mengurat tunang orang.