[ Dunia ] Justin Bieber dan rakan hisap ganja dalam pesawat !

Los Angeles: Juruterbang Justin Bieber terpaksa memakai topeng oksigen ketika penerbangan dari Kanada ke New Jersey kerana bintang remaja itu dan rombongannya menghisap ganja.
Menurut laporan NBC News dan media Amerika Syarikat lain, jet peribadi penyanyi berkenaan dipenuhi dengan asap ganja.
Bieber, bapanya dan 10 lagi ahli rombongannya juga dikatakan bertindak di luar kawalan apabila mengganggu kru dan tidak menghiraukan teguran juruterbang hingga anak kapal terpaksa berlindung di kokpit. Juruterbang berkenaan kemudian mengenakan topeng oksigen untuk mengelak daripada asap ganja kerana bimbang gagal melepasi ujian dadah.
Justin dan ayahnya 
Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa kastam dan pentadbiran penguatkuasaan dadah AS memeriksa pesawat itu di Teterboro, New Jersey ketika kabinnya masih dipenuhi asap ganja.
Bagaimanapun, tiada ganja ditemui dalam pesawat itu atau dalam bagasi Bieber.
Ketika disoal pihak berkuasa, Bieber mengaku menghisap ganja di dalam pesawat tetapi dia, bapa dan beberapa rakannya dibebaskan kerana kru pesawat enggan membuat laporan untuk mendakwa 
Insiden itu berlaku Jumaat lalu apabila bintang remaja itu dan rakannya dalam penerbangan ke New York untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Amerika Super Bowl. - Agensi


1 ulasan:

dah lain macam dah baby baby ni dah...

Reply