[ Video ] Bayi buat pejalan kaki di New York ketakutan !


Satu bayi robot yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki bandar New York  berasa terkejut dan ketakutan.
Bayi itu akan mengeluarkan suara termasuk muntah apabila terdapat seseorang yang mendekati serta memeriksa kereta sorong tersebut,kereta sorong itu diletakkan di laluan pejalan kaki di sini.
NAK LIHAT VIDEO KLIK SINI
Rakaman video yang menunjukkan reaksi takut beberapa orang yang mendekati kereta sorong berkenaan telah disiarkan di laman YouTube.
Tujuan bayi robot itu yang menakutkan orang ramai itu dibuat sebenarnya adalah bagi mempromosikan filem Devil's Due yang akan ditayangkan Jumaat ini. - Agensi