[ Kemaskini ] Pendaki wanita terjatuh ke gaung di Bukit Tabur meninggal dunia!

Soleha Abd Rahman, 25, dibawa menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan.
KUALA LUMPUR: Seorang pendaki wanita berusia 25 tahun pengsan selepas terjatuh ke dalam gaung di Bukit Tabur pada Selasa.
Pasukan penyelamat telah sampai ke lokasi Soleha Abd Rahman dilaporkan terjatuh.
Soleha mendaki bukit tersebut bersama dengan lapan rakannya sebelum tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung kira-kira pukul 10.40 pagi Selasa.
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamat dan mengeluarkan Soleha dari gaung tersebut kira-kira pukul 2 petang.
"Kami sedang memantau tahap kecederaan wanita tersebut yang masih tidak sedarkan diri itu, ia mengambil sedikit masa sebelum kami boleh membawanya turun," kata jurucakap itu.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital, Al-Fatihah.sumber