[ Terkini ] Nurul Izzah nafi laporan tuntut cerai !


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya Disember lalu.

Namun di laman mikro twitter miliknya, Nurul Izzah menafikan pertanyaan mengenai berita tuntutan cerai yang mula tersebar hari ini.



Nurul Izzah, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, dekat sini.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.sumber





1 ulasan:

semoga mereka kembali bersatu..

Reply