[ Terkini ] Identiti kanak -kanak yang di temui mati dikenal pasti !


DUNGUN: Identiti penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan  dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa lalu di kenal pasti.

Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci  untuk  menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.

Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang, dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh. Al-fatihah sumber





1 ulasan:

sedih sangat bila tengok berita ni di Astro Awani tadi

Reply