[ Terkini ] Datuk Harun Taib meninggal dunia , Al-fatihah !

Kuala Terengganu: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib meninggal dunia jam 12.10 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.



Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat yang mengesahkan perkara itu, berkata Allahyarham, 70, meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.
"Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir Kuala Terengganu," katanya. AL-FATIHAH