[ Terkini ] Bot Karam : angka korban kekal 3 orang !

DARO : Ketiga-tiga mangsa yang terkorban bot karam di Sungai Batang Lassa, Sarawak ditemui selepas kejadian tengah hari tadi manakala 16 lagi mangsa berjaya diselamatkan.


Bot panjang yang membawa 27 penumpang yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kut, Pulau Bruit itu karam pada jam 1.40 tengah hari tadi. 

Lewat petang tadi, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi membabitkan anggota polis dan bomba serta penduduk kampung akan diteruskan pagi esok. Al-fatihah