[ Terkini ] 6 Gambar pasukan bomba mencari kanak-kanak lemas !

Kanak-kanak Lelaki 3 Tahun Mati Lemas

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi.








MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini, hari ini.

Kejadian ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama abangnya, Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.

Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hariini.

Dalam kejadian itu, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan bapa saudaranya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Suraiziah Mulub, 31, berkata ketikakejadian dia dan suaminya tiada di rumah kerana menjemput dua lagi anakmereka pulang dari sekolah.

"Ketika kejadian, saya dan suami sedang mengambil dua orang lagi anak kamiyang bersekolah di Malim dan menerima panggilan daripada keluarga suamisaya menyatakan Haziq lemas," katanya yang tinggal di Pokok Mangga.

Beliau berkata, suaminya juga cuba berusaha turun ke kolam tersebut sebelummeminta bantuan bomba untuk mencari Haziq, namun gagal kerana kolam itu terlaludalam.

"Kami tumpangkan dua beradik itu bersama datuk dan nenek untuk menjagamereka sementara kami menguruskan hal persekolah dua lagi anak kami," katanya. - Bernama 

AL FATIHAH BUAT MANGSA LEMAS ADIK MOHD HAZIQ BIN KHAIRUL AZMI sumber