[ Sukan ] Tiket Piala Sumbangsih 2014 tersalah cetak tahun 2013 !

KUANTAN - Lebih 6,000 tiket perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia Pahang dan juara Piala Liga Super 2013, Lions XII dari Singapura di Stadium Darul Makmur di sini, malam esok, dikesan tersalah cetak.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berkata penyokong yang memiliki tiket berkenaan tidak perlu risau kerana ia masih boleh digunakan untuk perlawanan itu.

Setiausaha Agung PBNP, Fuzzemi Ibrahim berkata, pada tiket itu tertera tahun 2013, bukan tahun sepatutnya iaitu 2014.

"Kesilapan itu telah dirujuk ke Bahagian Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FAM telah menghantar beberapa pegawainya untuk menyelesaikan itu tersebut," katanya ketika dihubungi - Bernama.