[ Sukan ] Kim Swee risau bekas pemain utamanya panas kan bangku Simpanan !


Datuk Ong Kim Swee risau dengan bekas-bekas pemain skuad Harimau Muda yang berhijrah yang mana mereka kini hanya memanaskan bangku simpanan sahaja.

Antara nya bekas penjaga gol utama nya Mohd Izham Tarmizi , bekas Kapten nya Mohd Irfan Fazail yang kini hanya memanaskan bangku simpanan.

Izham, yang merupakan penjaga gol utama Harimau Muda A dan Sukan SEA Myanmar 2013, masih belum beraksi dalam mana-mana perlawanan dan sekadar menjadi pilihan ketiga di belakang Norazlan Razali dan Muhd. Al-Hafiz Hamzah dalam pasukan JDT.


Begitu juga ketua pasukan Harimau Muda A, Mohd. Irfan. Fazail yang masih tidak merasai nikmat bermain di pentas Liga Malaysia sementara Mohd. Fadhli Shas hanya diturunkan sebagai pemain gantian semasa pertemuan dengan T-Team dan sekadar diletakkan di bek kiri, tidak mampu menggugat tempat Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Baihakki Khaizan sebagai pertahanan tengah.

Situasi di Selangor pula memperlihatkan Thamil Arasu lebih banyak bertindak selaku pemain gantian dengan jurulatih, Mehmet Durakovic lebih cenderung meletakkan Paulo Rangel selaku penyerang tunggal manakala Ahmad Hazwan hanya diberi peluang semasa berdepan Harimau Muda C dalam pusingan pertama Piala FA.

Namun, situasi itu berbeza buat pemain sayap kiri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang kini bertindak antara pemain utama di Kelantan sementara Mohd. Rozaimi Abd. Rahman telah menjaringkan dua gol bersama Sabah dalam saingan Liga Perdana.

Pendedahan dan aksi secara kompetitif setiap minggu cukup penting supaya mental serta kecergasan mereka benar-benar bersedia hinggalah Sukan Asia pada September nanti.sumber