[ Sukan ] Jadual Perlawanan The Red Warriors 2014!


KOTA BHARU : Walaupun ramai tonggak meninggalkan The Red Warriors (TRW), naib juara Piala Malaysia musim lalu itu tetap mensasarkan untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menegaskan itu sasaran yang dibuat KAFA walaupun banyak cabaran bakal ditempuhi TRW apabila banyak pasukan lain berbelanja besar bagi membentuk pasukan mantap musim ini.

“Skuad TRW dibarisi ramai pemain baru termasuk ketua jurulatih menyebabkan pasukan itu tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi bagi mengharungi persaingan Liga-M yang bakal bermula Sabtu ini.