[ Sukan ] Giliran Sunderland aibkan Man United 2-1 !

Ryan Giggs jaring gol sendiri 
SUNDERLAND: Manchester United terus ditimpa aib apabila kalah kali ketiga berturut-turut pada permulaan 2014 ketika Sunderland menang dalam saingan peringkat pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris sekali gus menambah derita yang ditanggung pengurus, David Moyes awal pagi tadi. 

Fabio Borini menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65 bagi memastikan kemenangan Sunderland yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana Inggeris. Sunderland kini beroleh kelebihan menjelang saingan peringkat kedua di Old Trafford pada 22 Januari ini. 

Sunderland mendahului pada minit ke-40 apabila pemain veteran United, Ryan Giggs tersilap langkah apabila menjaringkan gol sendiri sebelum tamat babak pertama ketika diasak Phil Bradsley. - AP