[ Sukan ] Apek bakal bergelar bapa akhir bulan ini !

PASIR PUTEH : Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek teruja untuk bergelar bapa untuk kali pertama apabila dijangka menimang cahaya mata bersama pasangannya Leuniey Natasha Nazri, 22, pada akhir Januari ini.
Apek berkata, dia sudah melakukan pelbagai persiapan bersama Leuniey untuk menyambut kehadiran orang baru itu tidak lama lagi. 
“Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa dan aral melintang, Leuniey akan bersalin pada akhir bulan ini di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu. 

“Kami gembira dan teruja menanti kehadiran anak sulung dengan segala persiapan termasuk persalinan dan pakaian bayi yang bakal digunakan pun sudah dibeli,” katanya.

Dia ditemui ketika sesi rehat minda bersama rakan sepasukan The Red Warriors (TRW) di Tok Aman Bali Resort, di sini, semalam, semoga segalanya di permudahkan. sumber


1 ulasan:

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...

Reply