[ Rencana ] 'sexting' mendorong aktiviti seksual di kalangan remaja !

Kecanggihan teknologi mengundang Perlakuan buruk remaja ini membabit murid sekolah rendah, " sexting" lagi mendorong aktiviti seksual di kalangan remaja !

Perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting' mendorong aktiviti seksual, Kajian terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun. 

Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah.


Responden menjawab beberapa soalan seperti “dalam enam bulan terakhir, pernahkah anda mengirim mesej seksual untuk mengurat seseorang?, pernahkah terbabit dengan pelbagai aktiviti seksual seperti bercium dan hubungan seks serta sama ada mereka menjalinkan hubungan romantik yang kasual atau serius. 

Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar ‘sexting’ dengan 17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan adalah ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.

Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16, pelajar sekolah tinggi di New York, berkata ‘sexting’ popular di sekolah tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.sumber


3 ulasan

makin maju makin mundur akhlak :(

Reply

Ibu bapa kena ambil tahu hal anak kearah mana nk diletakkan..baik buruk mereka adalah tanggungjawab ibu bapa...

Reply

Ibu bapa kena ambil tahu hal anak kearah mana nk diletakkan..baik buruk mereka adalah tanggungjawab ibu bapa...

Reply