[ Pelik ] 4 Gambar wanita ketagih hidu, kunyah lampin sarat air kencing !

New York: Seorang wanita dari Queens, New York mendakwa ketagih menghidu dan mengunyah lampin pakai buang yang dipenuhi air kencing.
Menurutnya, dia lebih teruja untuk ‘menikmati’ lampin berkenaan jika ia dipenuhi banyak air kencing.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Keyshia itu berkata, dia memperoleh lampin kotor daripada rakan dan orang tidak dikenali, Saya juga sentiasa membawanya ke mana saja saya pergi, katanya.
Keyshia, 22, berkata dia menikmati rasa lampin kotor itu kerana rasanya yang “hebat." “Saya ada simpan satu di dapur untuk dihidu ketika memasak, satu di dalam laci dan satu di atas katil untuk tidur. 
“Ada juga beberapa keping yang saya simpan dalam kotak barangan dan dalam saku buku,” katanya. 

Menurutnya, bau kuat air kencing dari lampin itu seolah-olah seperti makanan yang membuatnya rasa tidak sabar untuk menghidu dan mengunyahnya, “Lampin yang banyak air kencing lebih baik,” katanya. - Agensi