[ Ngeri ] Van bertembung kereta, 3 maut, 4 cedera di jalan Ipoh - Gerik !

KUALA KANGSAR - Tiga orang penumpang sebuah van termasuk seorang pemandu sebuah van pekerja maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan ngeri mem babitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 70, Jalan Ipoh - Gerik, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi, mangsa yang maut ialah, pemandu van; Rosmainiezal Mat Ani, 37, penumpang hadapan; Syed Idris Syed Nordin, 42, dan penumpang di bahagian belakang van, Aminah Kamarudin, 53.
Manakala tiga lagi penumpang van tersebut iaitu Mas thura Ali, 47; Sarina Ibrahim, 35; dan Norzakiah Awang, 48, dilaporkan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Kemalangan tersebut turut membabitkan kereta jenis Toyota Camry serta sebuah motosikal. - KOSMO!