[ Jenayah ] Wajah cute Muhdalena wanita amuk di Putrajaya 2012 !


Muhdalena diperintah bela diri !

PUTRAJAYA - Muhdalena Ahmad, yang didakwa mengamuk bersama-sama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012, hari ini diperintah membela diri terhadap empat pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
   
Hakim Mohamed Kamil Nizam memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhdalena, 29, atas empat pertuduhan.

 
Empat pertuduhan itu ialah melakukan ugutan jenayah terhadap polis bantuan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' JPM pada 9 Julai 2012, memiliki sebilah parang, mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjata dan gagal mematuhi nasihat seorang menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan yang merupakan kawasan larangan.
Mohamed Kamil  menetapkan 13 Februari untuk wanita itu membela diri.
   
Hakim juga menetapkan dua lagi tarikh -- 24 Februari dan 25 Februari -- untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya serta Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik Hospital Bahagia, Ulu Kinta Dr Rabaiah Mohd Salleh.
   
Peguam yang mewakili Muhdalena, M.Visvanathan memaklumkan mahkamah anak guamnya itu akan memberikan keterangan secara bersumpah dan beliau juga akan memanggil dua psikiatri itu sebagai saksi pembelaan. - Bernama


1 ulasan:

Inilah wajah serikandi yang lebih mulia dari wajah putri UMNO dan Musilimat PAS......Berani buat berani tanggung........Kita mahukan lebih ramai lagi yang berani seperti ini untuk mempertahankan bangsa ugama dan negara .......
Walaupun apa yang dibuatnya tu mungkin salah tapi ingatlah ianya memberi kesan mendalam .....rayaat akan bertindak jika rasa tertekan dan terancam .Kepada MB selangor ingat anda telah mungkir janji dan melangar sumpah kepada sultan selangor ......anda menderahaka....

Reply