[ Jenayah ] Suami pembaca berita TV3 dipukul, disamun penjenayah !

KUALA LUMPUR - Suami kepada pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin cedera di bahu dan kepala selepas dipukul penjenayah yang menyamunnya di hadapan kediaman pasangan itu di Kota Damansara dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam tadi, Raqizal Khalis Husni, 38, cedera akibat dipukul menggunakan batang besi manakala wangnya kira-kira RM100 turut dikebas oleh penjenayah itu.
Mangsa terpaksa menerima rawatan akibat dari kejadian itu dan kes sedang disiasat, pihak polis sedang mengesan penjenayah terbabit.sumber