[ Jenayah ] Dua remaja lelaki direman kes kematian tiga beradik !

ALOR SETAR - Polis menahan reman dua remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes kematian tiga beradik di Alor Semela, Langgar di sini Disember tahun lalu.
Dua remaja itu direman mulai hari ini sehingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, remaja itu ditahan berdekatan Alor Senibong, Langgar pada petang semalam,kedua-dua suspek itu dikatakan tidak bekerja. - KOSMO!