[ info ] Tarikh pendaftaran permohonan BR1M 3.0 berakhir hari ini 31 Jan 2014 !

Pada yang belum memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M ) hari ini adalah tarikah terakhir untuk pendaftaran permohonan tersebut, memandangkan hari ini adalah cuti sempena Tahun Baru China mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri bercuti .

Jadi anda boleh memohon secara ONLINE , untuk ke website tersebut anda boleh terus ke BR1M 2014 anda boleh mengisi segala data dan maklumat anda sini.

Keratan Harian Metro  mengenai tarikh akhir permohonan BR1M 2014 


Tiada cadangan lanjut tempoh pendaftaran BR1M

NUSAJAYA: Kementerian Kewangan tidak bercadang melanjutkan tempoh pendaftaran permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang akan berakhir 31 Jan ini.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka yang belum mendaftar atau mengemas kini akaun perlu menggunakan tempoh beberapa hari ini untuk berbuat demikian.

Tidak ada cadangan setakat ini daripada kementerian untuk melanjutkan tempoh pendaftaran BR1M. Rakyat Malaysia perlu disiplin dan tidak berlengah-lengah menunggu sehingga ke saat akhir,katanya 

Katanya sehingga kini kira-kira 200,000 atau 20 peratus daripada keseluruhan 940,000 pemohon baru yang layak menerima BR1M 3.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.