[ info ] Suami menangis takut isteri tahu kerja nya mencuri !


Segamat: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang mencuri barangan logam milik sebuah syarikat telekomunikasi menangis di pekarangan Mahkamah Seksyen, di sini, semalam kerana bimbang perbuatannya diketahui isterinya.
Difahamkan, suspek juga menangis kerana tidak tahu apa alasan yang perlu diberi kepada isterinya yang berusia 40-an memandangkan dia akan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi membantu siasatan kes terbabit.
Suspek ditemui di pekarangan mahkamah berkenaan sementara menunggu perintah tahanan reman terhadapnya serta seorang rakan jenayahnya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek ditahan bersama seorang rakannya berusia 32 tahun berhampiran menara pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di sekitar FELDA Kemelah di sini, oleh juruteknik syarikat itu pada jam 11 malam kelmarin.

Juruteknik berkenaan mahu menyiapkan tugasannya dan pergi ke lokasi berkenaan sebelum nampak dua lelaki membawa beg berhampiran menara pencawang terbabit.sumber


3 ulasan

Tubuh badan sihat dan akal waras tapi mencuri.. Tidak perlu sedih dgn org seperti ini.. Salah tetap salah.. Kalau nangis pun syukurlah ada sedikit kesedaran.. Alangkah baiknya jika dia berfikir ttg anak isterinya sebelum melakukan jenayah tersebut..:'(

Reply

menyesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tak berguna dah

Reply

masa buat tak ingat, bila dah buat baru nak menangis??? hu hu hu...

Reply