[ info ] Pilihanraya kecil Dun Kajang , Selangor bakal dapat MB baru ?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Perletakan jawatan ADUN PKR yang berkuat kuasa hari ini disahkan oleh Speaker Hannah Yeoh dalam satu sidang media petang tadi.

Ini seterusnya memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan di kawasan tersebut, Yeoh berkata Lee telah menyerahkan surat perlepasan keahliannya pagi tadi dan hal ini akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok pagi.



Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa perletakan jawatan Lee adalah untuk memberi laluan untuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Menteri Besar Selangor yang dipegang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini dikatakan berkaitan dengan persengketaan baru-baru ini antara Khalid dan timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Manakala, Anwar pada hari Isnin telah menafikan segala dakwaan berkenaan beliau akan menggantikan Khalid, "Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya pagi tadi.