[ info ] Pak Majid tamatkan jalan kaki 380 KM demi Tok Gajah !

Tiba di Kuantan Petang Tadi 
Pak Majid  pengawal keselamatan sekali lagi berjalan kaki demi Tok Gajah kali ini dari Kuala Lipis ke Stadium Darul Makmur di sini sebagai tanda sokongan kepada skuad Tok Gajah yang berentap dengan Lions XII merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada aksi sumbangsih malam ini.
Abdul Majid Abdul Hamid, 57, melakukan misi itu bermula 4 Januari lalu dan berjalan sejauh 380 kilometer (km) dari Kuala Lipis.
Beliau tiba kira-kira jam 5 petang tadi selepas melalui enam daerah diiringi sekumpulan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 15 tahun daripada Perkampungan Lepar, Gambang, dekat sini, sejak Rabu lalu sebelum disambut hampir 50 penyokong skuad Tok Gajah yang menunggunya di perkarangan stadium. 
Abdul Majid berkata, usahanya bukan untuk mengharapkan balasan namun ia adalah medium bagi membuktikan sokongan serta perasaan cinta kepada pasukan Pahang.