[ info ] Kanak-kanak perempuan ditemui mati berlumuran darah di Dungun !


DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi. 

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan. 
info awal di facebook 
Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan. 

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan, Alfatihah . sumber




1 ulasan:

sila betulkan info saudara.
baby ni berumur 2 tahun. bukan 5 tahun. berlaku petang smlm di kawasan perumahan saya. terima kasih

Reply